Home » » MENGANDUNG DAN MEROKOK

MENGANDUNG DAN MEROKOK

Written By Unknown on Tuesday 18 November 2014 | 22:22

ramai orang tahu yang merokok boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang serius, kan? Jika anda tidak tahu, merokok ketika mangandung akan menambahkan lagi masalah kesihatan termasuk kelahiran pra-matang (lahir tak cukup bulan), kecacatan ketika lahir dan juga kematian kandungan.

RISIKO PEREMPUAN MENGANDUNG MEROKOK

- perempuan yang merokok lebih sukar mengandung berbanding perempuan yang tidak merokok

- perempuan yang merokok ketika mengandung lebih cenderung untuk menghadapi risiko keguguran

- tabiat merokok boleh mengakibatkan masalah kepada placenta (sumber makanan dan oksigen bayi ketika dalam kandungan). Sebagai contoh, placenta bayi boleh terpisah dari dinding rahim terlalu cepat dan menyebabkan pendarahan yang teruk dan merbahaya terhadap anda dan kandungan

- merokok ketika mengandung boleh menyebabkan kelahiran pra matang atau berat ketika dilahirkan terlalu ringan. Menyebabkan bayi terpaksa di tahan di hospital lebih lama untuk pemantauan lanjut.

- SIDS (sudden infant death syndrome), di mana punca kematian tidak di ketahui dan selalu berlaku di kalangan bayi berumur 1-12 bulan

- bayi anda lebih berisiko untuk kecacatan seperti sumbing

Anda sendiri fikirkan dan buat keputusan, mahu yang terbaik untuk anak anda tau sebaliknya?




KELEBIHAN JIKA IBU MENGANDUNG BERHENTI MEROKOK SEGERA

Oleh itu lebih baik untuk berhenti merokok dengan segera sebelum terlewat. Banyak kelebihan berhenti merokok ni sebenarnya kalau anda nak tahu. Antaranya ialah : 

- kandungan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi walaupun hanya sehari tidak merokok

- mengurangkan risiko kelahiran pra-matang

- anda boleh pulang ke rumah bersama-sama ahli keluarga baru anda :)

- kurang risiko untuk menghadapi penyakit jantung, angin ahmar, kanser paru-paru, penyakit paru-paru kronik, dan penyakit yang berpunca dari merokok yang lain

- jangka hayat anda cukup panjang untuk melihat, memegang dan bercakap dengan bakal cucu anda. InsyaAllah

- lebih bertenaga untuk menjaga kandungan anda dengan lebih baik

- lebih mudah untuk bernafas

- rambut, rumah dan kereta anda tidak berbau rokok

- Anda mempunyai lebih wang untuk digunakan membeli barang-barang keperluan untuk bayi anda

- anda akan lebih rasa bersyukur dan tenang kerana tidak merokok demi menjaga kesejahteraan diri anda dan juga cahaya mata anda

berhenti segera sebelum terlambat

MACAM MANA HENDAK ATASI?


- pastikan rumah dan kereta anda bebas dari asap rokok

- jauhkan diri dan anak dari perokok

- pastikan nursery dan sekolah anak anda adalah kawasan larangan merokok

- makan di tempat yang bebas rokok

- ajar anak-anak bebas dari perokok dan asap rokok

- belajar sebaik mungkin tentang bahaya asap rokok kepada diri anda dan anak anda.

- minta perhatian dan sokongan orang di sekeliling kita

Diharap selepas membaca entry ini, saya berharap anda dapat membuat keputusan dan langkah yang bijak untuk anda dan bayi anda. :)

0 comments:

Post a Comment