Home » » KESAN MEROKOK PADA BAYI ANDA

KESAN MEROKOK PADA BAYI ANDA

Written By Suharmi Abdul Talib on Wednesday, 19 November 2014 | 05:46

jika anda seorang perempuan merokok yang ingin mengandung, sila baca dahulu :

1. BERAT DAN SAIZ

merokok sekotak rokok sehari dapat mengurangkan berat badan bayi anda sebanyak setengah pound apabila tiba saat kelahiran kelak. jika merokok dua kotak sehari boleh mengurangkan sehingga satu pound atau lebih berat bayi anda pabila sampai saat kelahiran nanti. mungkin sesetengah orang berpendapat lebih mudah melahirkan bayi jika saiznya kecil. tetapi harus di ingat jika perkembangan bayi terbantut ketika dalam kandungan lagi, kesannya mungkin akan lebih buruk ketika bayi itu lahir dan berkekalan sehingga akhir hayat.

2. BADAN DAN PARU-PARU

bayi yang pertumbuhannya terbantut akan lebih cenderung mempunyai paru-paru yang belum cukup matang untuk bernafas dengan sendiri. ini bermaksud, apabila bayi lahir, dia mungkin terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan selama beberapa hari selepas lahir. selepas sudah boleh bernafas dengan sendiri, bayi mungkin akan menghadapi masalah pernafasan apabila mereka sedang membesar kelak, disebabkan mereka telah terdedah pada nikotin ketika masih dalam kandungan lagi. 

bayi yang ibunya seorang perokok ketika mengandung lebih mudah terdedah kepada asthma.

3. JANTUNG 

masalah kecacatan pada jantung akan lebih mudah dihidapi bayi yang baru lahir jika ibunya seorang perokok. peratus kecacatan ini dihidapi adalah sebanyak 20% hingga 70% lebih tinggi berbanding ibu yang tidak merokok

4. OTAK

merokok dapat memberi kesan kepada perkembangan dan pertumbuhan otak bayi anda untuk jangka masa panjang. anak-anak ini cenderung untuk menghadapi masalah dalam pembelajaran, masalah sikap dan tingkah laku, dan juga IQ yang rendah. 



Mie gebu,

Founder : Vita Cravers

0196346216,

Shaklee id 1025051,

FB page : www.facebook.com/vitacravers13 , 

www.facebook.com/mariberhentimerokok13

email : vitacravers13@gmail.com

0 comments:

Post a Comment