Home » » MAKCIK MAR TUKANG CUCI RUMAH

MAKCIK MAR TUKANG CUCI RUMAH

Written By Suharmi Boneduster on Sunday, 13 April 2014 | 07:16

semalam aku balik klang jap, nk cuci rumah. dah 2 bulan tinggal beb. berkampung kat hulu langat rumah mertua. isteri berpantang kat sana setelah melahirkan anak pertama. alhamdulillah. hehehe. habuk kat rumah tu tebal ya rabbi. jalan kejap je tapak kaki hitam legam. bilik air penuh taik tikus. dapur pun kena serang dek tikus durjana. cissss... tupperware hijau tu pun di gigitnye. dah lapaq sgt la tu cari makanan. luar pun kotor, lalang pun panjang. ponat nk cuci sorg ni ha.

sng cite upah org je lah. senang. aku duduk je, biar org tu yg tlg cuci rumah. kat kepala teringat sorg makcik yg pernah cuci rumah ni masa aku mula2 nk pindah sini dulu. ok. dia available hari sabtu. cantik lah. mmg plan ahad nk pindah pun. sabtu pagi pegi amek die, makcik mar nama dia. nama penuh xtau la pulak teman. org jawa. makcik ni peramah, suka borak2. dgn pelat jawa nye. hehehe. masa lalu kat kesas area bukit jalil, die pun cite la, "makcik ade lalu jalan ni, pergi cuci rumah org, dik. seminggu 3 kali. rumahnya besar dik" (try baca dgn pelat jawa :p)

aku pun layan lah makcik ni. rumah tu besar ke makcik?

besar dik, 4 tingkat, rumah org kaya,

aku pun terkejut dgr. 4 tingkat tu. brape la harga rumah tu kan. konpem berjuta. rumah teres 2 tingkat pun dah lebih setengah juta skrg ni. apetah lg rumah banglo 4 tingkat. "brapa jam makcik cuci rumah tu?"

"11 jam dik, penat juga lah cuci rumah tu, tapi tuan rumah tak cerewet, makcik suka, lagipun rumah tu setiap bilik ada cctv. setia gerak geri kita dia tahu"

yelah, make sense la kan. rumah 4 tingkat. larat ke nk pantau setiap tingkat kalo xde cctv.

"makcik pernah cuci rumah kat KL dik, org kaya jugak, lelaki nya mat saleh, perempuannya indonesia. tapi makcik tak suka dgn perempuan itu,cereweeetttt bangat. lelaki tu umur 55 tahun, udah tua, tetapi perempuan itu umur 30 an barang kali. sangat cerewet. udah anak 2."

kenape makcik tak suka cuci rumah tu?

"cerewet sgt la dik perempuan itu, makcik tak suka. kadang2 malam2 pun talipon makcik suruh datang jaga anak nya. dia pergi keluar enjoy. balik lewat malam. makcik takda anak, jadi kalo org tu call makcik suruh jaga anak nya, makcik suka. anak nya lebih rapat dgn makcik dari emaknya. tapi kasihan makcik tengok 2 beradik itu, abang nya badan besar. adiknya badan kecil. selalu abangnya pukul adik nya. makcik tak tahan tengok. abang nya layan adiknya macam boneka."


gambar sekadar hiasan


kesian jugak la aku dgr kisah family nih. macam2 hal. mak tak amek kisah dgn anak2. asek keluar je dgn kawan2. yg suami pulak selalu outstation. hmmm. tah la. aku tanye agama perempuan tu, ni jawapn makcik mar.

"perempuan itu org indonesia dik. agama nya Islam. tetapi sayang dia sudah tukar kristen. hanya kerana uang, sanggup gadai agama dik."

astaghfirullah 'al azim... terkejut aku dgr.sanggup tukar agama hanya kerana kejar dunia. semoga diberi hidayah lah...makcik tu tmbh lg...

"walaupun makcik ni miskin dik, tapi tak sanggup gadai agama kerana wang, biarlah kita miskin, yang penting kita dapat keberkatan dgn rezeki halal. kita hidup bukan di dunia aja, tapi di pengakhiran juga"

alhamdulillah. syukur aku dgr statement makcik tu. mmg betul apa dia cakap. biarlah kita miskin, yg penting rezeki halal. Allah SWT maha adil. rezeki nya amat luas tiada tandingan. kita sbg manusia jgn lah leka dgn arus dunia yg serba indah di mata, tapi hakikatnya akhirat lebih penting. jgn leka dan hanyut dgn arus dunia.

makcik ni dia cas sejam rm10 ringgit. so, rumah aku tu dia cuci 6 jam. tp aku bayar dia rm70. rm10 tu sedekah jelah kat dia. apa salahnya kan. lgpun puas hati tgk dia cuci rumah. bersih, berkilat. hehe. tq makcik mar.... saya doakan segala urusan makcik mar diberkati, dan dilimpahi rezeki yg byk oleh Allah SWT. amin. :)

0 comments:

Post a Comment