Home » » TEMPAT MAKAN PALING BEST

TEMPAT MAKAN PALING BEST

Written By Suharmi Boneduster on Wednesday, 8 October 2014 | 22:37

cerita pasal makan, sape yang tak suke kan. makam lah benda paling best. yang tak best tu bila lemak badan mencanak naik. hahaha. sendiri mau ingat. berdasarkan pengalaman saya, jom tengok tempat paling makan paling best.

1. PAK MAN MEE KUAH KETAM

warung pak man ni betol2 depan simpang sekolah rendah saya dulu. seberang jalan je. sejak saya kecik dah ada kedai ni. memang famous di kalangan penduduk Cherok To' Kun dan kawasan sekitar. abah saya sendiri memang suka beli mee kat warung pak man ni. dia punya special dia mee kuah ketam + ketam seekor saiz A. memang superb. dalam mee tu pun siap ada sambal sotong, cucur udang dgn telur rebus.

warung ni pernah masuk cerita best in the world. kalau nk pegi makan, tengah hari tu cepat2 la pegi ye. kalo pegi pukul 3 ke atas selalunya kuah ketam tu dah habis. hehe. memang ramai org dtg makan kat situ. 

MEE KUAH KETAM

MEE KETAM SPECIAL : KETAM SAIZ A (RM17)




 BEST IN THE WORLD DATANG TERJAH!

sesiapa yg datang melawat bukit mertajam tu jgn lupa singgah ok. :)



2. RESTORAN TERAPUNG PULAU AMAN

ni adalah tempat kelahiran ayahnda saya. pulau aman adalah sebuah perkampungan nelayan kecil. jumlah penduduk pun tak ramai. nak pegi ke pulau ni kena naik bot kat jeti batu kawan. tumpuan utama mestilah part makan. restoran terapung pulau aman ni memang menjadi tumpuan ramai especially pelancong. musim cuti sekolah lagilah ramai org dtg. pemilik restoran ni adalah sepupu ayah saya sendiri.

Alamat: Simpang Ampat 120, Pulau Aman, Seberang Perai Selatan, Penang

tarikan utama makanan dia sudah tentu makanan laut yg fresh from the ocean!







kat sini jugak terdapat satu tempat bersejarah dikenali sebagai telaga mas. air telaga tu sejuk sangat. dan nyaman. walaupun terletak betul2 sebelah pantai, tapi air tu tak bercampur dgn air laut.



tempat ni jugak adalah tumpuan kaki pancing. dan jugak org dtg bercuti. ada beberapa chalet disediakan utk para pengunjung. jom layan gambar! :)





NASI GORENG UDANG SPECIAL RM10

MEE KUAH UDANG SPECIAL RM10







0 comments:

Post a Comment