Home » » 10 MAKANAN YG MEMBUATKAN ANDA NAMPAK LETIH DAN TAK BERMAYA

10 MAKANAN YG MEMBUATKAN ANDA NAMPAK LETIH DAN TAK BERMAYA

Written By Suharmi Boneduster on Friday, 5 September 2014 | 19:27

1. GARAM 
- garam tu penting dalam diet kita. tapi kalau terlebih, badan kita akan dehydrated (tak cukup air), mengeringkan kulit dan buat kita nampak letih semacam.
- so kurangkan garam dalam masakan anda. gantikan dgn rempah ratus.

2. PEMANIS TIRUAN
- senang nak tembam atau gemuk kalau kita selalu amalkan pemanis tiruan. sebab dalam dia ada aspartame, yg boleh menyebabkan sakit sendi, dan buat badan kita mahukan lebih gula
- bila makan gula lebih, maka makin gamuk lah kita.
- digalakkan makan buah yg manis sbg pengganti gula tiruan ni. sedap memang sedap, sihat memang sihat :)

3. ALCOHOL 
- kalo terlebih minum, memang akan dehydrate badan kita gila2 punya. so kita akan nampak letih sgt. kulit pun kering sbb tak cukup air.
- tips dia selang seli minum air dgn alcohol. so xdela badan tu letih sgt.
*UMAT ISLAM DILARANG MINUM SEBARANG JENIS MINUMAN KERAS. INFO NI UTK YG BUKAN ISLAM SAHAJA. TAKE NOTE OK :)

4. GORENG GORENGAN
- sbg contoh: kentang goreng, onion rings, ni memang tak elok utk kesihatan. sbb ada minyak dan lemak trans yg boleh membuatkan pembuluh darah kita (arteri) tersumbat dan menegangkan sel darah.
- malah makanan mcm ni boleh menggemukkan, dan memusnahkan badan kita dalam jangka masa panjang
- so maybe boleh consider buang terus makanan mcm ni dari diet kita

5. KARBOHIDRAT
- makanan pertama yg kita akan igt bila sebut perkataan ni ialah... NASI!!! YES! makana ruji kita. hehe. tak lupa juga pada roti. ok nasi tak salah. kita kena control jumlah nasi yg kita makan. tu je.
- kalau badan terlebih karbohidrat, masalah kegemukan timbul, di samping memusnahkan collagen dalan badan kita. bila collagen musnah, kulit hilang keanjalan dan tak segar.
- so tips dia kat sini, kawal jumlah nasi yg kita makan, (besar saiz satu genggam anda sahaja sekali makan), dan makan sayur 2 kali ganda dari diet biasa anda
- suka makan sandwich? tukar kepada salad plak.





6. DONUT
- dah lah gebu, digoreng, manis plak tu. memang makanan tak sihat la. tambah2 kalau breakfast dgn donut. jangan!!!
- ganti dgn yogurt dan sesudu madu, dan kacang almond. a good kickstart for your day :)

7. GULA-GULA
- kandungan gula dalam gula2 langsung xde benefit dalam badan kita ok. so makan pun sia-sia je.
- sebab bila makan gula2 dgn banyak, kadar insulin akan tinggi dan pastu jatuh tiba2. membuatkan kita letih gila2. so tak elok ok.
- gula-gula pun boleh menyumbang pada eye bag tau.

8. DAGING MERAH 
- dalam daging merah ada cartinine yg mengeraskan arteri kita, dan boleh menyebabkan kedut ada kulit
- kurangkan makan daging dalam diet seharian kita. seminggu sekali je kalau boleh.

9. DAGING SEJUK BEKU
- daging yg dah dipotong siap2 dan dibekukan. byk kat supermarket dan hypermarket. tak bagus utk kesihatan sbb ada bahan pengawet yg menyebabkan radang dan buat kulit nampak tak sihat.

10. MAKANAN PEDAS
- bagus utk metabolisma badan kita, tapi kurang bagus utk kulit. membuatkan kulit nampak letih dan tak bermaya, tona tak sekata.
- boleh je makan makanan pedas, tapi kurangkanlah kepedasan itu. :)


Mie gebu,
0196346216,
Shaklee id 1025051,
FB page : www.facebook.com/vitacravers13 , www.facebook.com/mariberhentimerokok13
email : vitacravers13@gmail.com

0 comments:

Post a Comment