Home » » PENGALAMAN ISTERI KENA ANEMIA

PENGALAMAN ISTERI KENA ANEMIA

Written By Unknown on Tuesday 4 November 2014 | 05:21

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

tengah syok tengok anak main-main kat ruang tamu, tiba-tiba teringat masa isteri mula-mula mengadung dulu.. mesti la seronok kan.. anak pertama la katakan... pastu teringat yang dia pernah kena anemia dulu...

saya tak tau apa tu anemia. so bukak lah google, bacalah beberapa artikel tentang anemia...

APA ITU ANEMIA?

semua wanita hamil berisiko kena anemia. anemia ni bila darah kita tak cukup sel darah merah yang sihat untuk bawak oksigen ke tisu badan kita dan kandungan. bila mengandung badan kita perlu hasilkan bekalan darah yang lebih tinggi untuk menampung keperluan ibu dan juga bayi. kalau tak cukup, maka akan membahayakan kandungan.

kalau badan kita tak mendapat bekalan zat besi, atau folic acid yang cukup, badan akan menghadapi kesukaran untuk menghasilkan darah yang cukup.

anemia ni boleh membuatkan badan cepat letih dan lemah.. isteri saya menghidap anemia ketika 7 bulan mengandung..  memang nampak perubahan kat dia, balik keje je mcm tak ada mood, muka pucat, letih. tidur pun awal. tinggal kita sorang2 tiada teman. cewah. tapi sebagai suami, kena fahami keadaan isteri yang dah sarat mengandung. bukan tugas yang mudah. hehe.


JENIS-JENIS ANEMIA

anemia ni ada 3 jenis :
- disebabkan kekurangan zat besi
- kurang folic asid
- kurang B12

anemia yang paling biasa dihidapi oleh ibu-ibu mengandung adalah yang jenis pertama. termasuklah isteri saya. anemia ni timbul apabila badan tak cukup zat besi untuk menghasilkan jumlah hemoglobin (HB) yang secukupnya. HB tu apa? HB tu macam protein untuk sel darah merah. berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan kita termasuklah kandungan.


SIAPA YANG BERISIKO MENGALAMI ANEMIA?

- wanita yang hamil kembar
- wanita yang hamil terlalu rapat jarak antara kandungan pertama dan kedua
- kerap muntah kerana alahan mengandung
- ibu muda yang berusia belasan tahun
- tidak mengambil makana yang kaya dengan zat besi
- mengalami anemia sebelum mengandung


SIMPTOM-SIMPTOM ANEMIA

- kulit, bibir dan kuku pucat
- berasa cepat letih dan lemah
- pening
- sesak nafas
- jantung berdegup kencang
- fokus terganggu

*ibu mengandung dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan darah secara berjadual supaya mudah untuk doktor pantau dan memberi nasihat.


BEBAS DARI GEJALA ANEMIA?

ibu mengandung perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. antara makanan tersebut ialah :

- sayur-sayuran berdaun hijau
- daging merah, ayam dan ikan
- susu dan keju
- bijirin yang diperkaya dengan zat besi
- kekacang dan tauhu
- telur




TIPS : bagi meningkatkan penyerapan zat besi oleh badan, ibu-ibu perlu mengambil makanan sumber vitamin C mencukupi. sebagai contoh, minum segelas jus oren bersama bijirin yang diperkaya zat besi.

atau ibu-ibu boleh mengambil suplemen pil zat besi yang disarankan oleh doktor sebagai alternatif untuk bekalan zat besi yang cukup.

berdasarkan pengalaman isteri dahulu, dia mengamalkan suplemen VITA LEA SHAKLEE. alhamdulillah tahap HB berada dalam keadaan normal. dia mengambil vita lea bermula dari third trimester sehinggalah lepas bersalin. syukur vita lea ni mampu membekalkan bekalan zat besi yang cukup. sebab isteri saya makan tak banyak. jadi dia perlu mengambil suplemen zat besi.







Mie Gebu,
Founder : Vita Cravers
0196346216,
Shaklee id 1025051,
FB page : www.facebook.com/vitacravers13 , www.facebook.com/mariberhentimerokok13
email : vitacravers13@gmail.com

0 comments:

Post a Comment