Home » » Pameran Lego di Main Place

Pameran Lego di Main Place

Written By Unknown on Monday 24 November 2014 | 05:02

21 haribulan lepas saje jalan-jalan kat Main Place, Subang. Window shopping. Sampai kat main hall, tertarik dengan pameran kat situ. macam kenal je... macam pernah tengok je.. macam pernah main je... bila sampai dekat... eh! Lego! Dah lama tak main lego. Haha. mengimbau kenangan betul.  Ape lagi, jalan-jalan la kat situ. Tengok-tengok cuci mata.

Menarik gak pameran ni. Ada jualan sekali. Selalu kita tengok lego ni kanak-kanak lelaki je main. Ni ada untuk perempuan gak. Macam-macam adaaa. dah pelbagai dah lego sekarang ni. dulu-dulu kita cantum blok bentuk asas ikut kreativiti masing-masing, sekarang ni lebih kepada bentuk yang lebih nyata. rambang mata jugak tengok.

Yang best ada figura lego saiz manusia jugak. yang ni ramai nak tengok sebenarnye. ok jom layan gambar yang sempat aku snap masa tu.

watak remaja perempuan



 MASTER YODA
 untuk peminat star wars, ha korang boleh tengok master yoda dalam bentuk lego.
master yoda in the house!




SANTA CLAUS DAN POKOK KRISMAS
tak lama lagi nak krismas kan. ha boleh la tengok dan tangkap gambar santa claus yang telah dilegokan. comel jugak. perut tetap buncit.










PAMERAN BANGUNAN DARI BLOK LEGO









ANTARA YANG DIJUAL







RUANG UNTUK ANAK BERMAIN LEGO



so far memang best pegi sini. walaupun kecik je pameran ni, tak sehebat legoland. hehe.

kepada ibu bapa yang nak bawak anak-anak main lego boleh la datang ke

MAIN PLACE, USJ21
BERAKHIR PADA 27/11/2014

2 comments: