Home » » LELAKI MAKAN BESI!

LELAKI MAKAN BESI!

Written By Unknown on Monday, 8 September 2014 | 06:42

tajuk di atas xde kena mengena dgn org lelaki yg nk cipta guinness world record. ataupun tajuk depan harian metro. hahaha. aku nak share kepentingan ZINC utk lelaki. harap lepas korg baca info ni, rajin rajin lah makan makanan yg ada kandungan zinc yg tinggi. (diet seimbang)

PEMAIN TENIS, BERNARD TOMIC, MENYAPU KRIM ZINC KAT MUKA

Meningkatkan kesihatan seksual dan hormon testosterone

- zinc ni amat penting utk kesihatan seksual kita bro... kenapa? sebab badan kita tak boleh menghasilkan zinc. so kita kena peroleh zinc dari pemakanan seharian kita.
- zinc mempengaruhi kesihatan seksual kita. kalau mahukan sperma berkualiti kena pastikan bekalan zinc kita cukup. hormon testosterone pun akan seimbang kalau zinc cukup dalam badan kita
- sekali lelaki ejakulasi, boleh mengandungi sehingga 5 mg zinc. banyak tu!
- kalau nak mulakan keluarga, elok pastikan bekalan zinc kita cukup okay!



Kesihatan sperma

- satu yang kita kena faham, jumlah sperma yg terkandung dalam air mani yg dikeluarkan oleh lelaki tak semestinya berkualiti.
- keupayaan sperma bermaksud kekuatan dan ketahanan sperma berenang ke telur utk proses persenyawaan
- dan jika sperma lemah, tu jugak merupakan punca kemandulan lelaki.
- kalau sperma kita lemah, kekurangan zinc mungkin salah satu puncanya.
- so boleh la tambah tiram, daging merah, kekacang, bijirin dalam pemakanan seharian kita

GAMBAR SEKADAR HIASAN



Mengurangkan risiko kanser prostat

- prostat tu apa? prostat ni sebahagian dari alat kelamin lelaki. dan fungsi dia untuk menghasilkan air mani utk memudahkan sperma bergerak dan berenang.
- saiz prostat ni sebesar kacang walnut je. dan keliling prostat ada saraf saraf yang mengawal ketegangan alat kelamin lelaki.
- kalau wanita ada kanser rahim, kita lelaki berpotensi menghidap barah prostat. jadi pengambilan zinc amat penting supaya risiko terkena kanser prostat dapat dikurangkan.
- tanda-tanda prostat kita bermasalah :

  • kerap kencing tengah malam
  • tiba-tiba rasa nak kencing
  • susah nak kawal kencing
  • aliran air kencing perlahan dan susah nak berhenti
  • sakit apabila ejakulasi (pancut)
  • kencing atau air mani berdarah
  • rasa tak selesa apabila kencing
  • alat kelamin susah nak tegang
  • kurang bernafsu
- kalau ada tanda-tanda seperti di atas, cepat jumpa doktor. jangan malu jangan segan. sebab yang sakit kita, bukan doktor. yang tanggung kesakitan pun kita, bukan orang lain


Kurangkan risiko botak

- kaum lelaki bila dah capai umur 40 ke atas, lapisan ozon makin nipis. maksudnya rambut makin nipis la tu. hehe.
- lelaki botak tengah ni selalu je kita nampak kan? ada yang mengalami masalah ni seawal umur 35
- puncanya adalah keturunan dan kekurangan zinc
- so adalah digalakkan kita makan daging merah (lembu contohnya)
- menurut kajian di Australia, lelaki yg makan daging kurang berisiko utk botak. tetapi jgn makan bahagian lemak pulak, tu tak bagus, nanti paras kolestrol meningkat, lain penyakit pulak yg timbul.
- makan bahagian daging yang paling kurang lemaknya
- kalau anda vegetarian atau tak boleh makan daging, jangan risau. pergi farmasi berdekatan anda dan beli supplement zinc


Membaiki sel sel dalam badan

- sebagai lelaki kita sukakan aktiviti lasak. dan kita suka kalau badan kita aktif dan ketak2.
- kita ambil contoh ahli bina badan, diorang ni akan melakukan aktiviti berat di gym seperti angkat besi, joging, dan macam2 lagilah. semua aktiviti ni membuatkan otot kita stress.
- semakin aktif, semakin kita bagi tekanan kat otot dan tulang.
- bila kita buat aktiviti berat dan lasak, sel-sel akan digunakan dan akhirnya terlerai. setelah rehat, otot-otot kita akan bertambah besar dan kuat.
- dan zinc amat diperlukan sebab ia membantu dalam pembinaan sel dekat otot kita. lagipun otot kita banyak menyimpan zinc yang diperlukan oleh badan.

saya harap info di atas dapat membantu anda memahami kepentingan zinc utk kaum lelaki. saya bukan doktor, bukan dietitian, bukan nutritionist. hanya seorang SID shaklee :)

Mie gebu,
Founder : Vita Cravers
0196346216,
Shaklee id 1025051,
FB page : www.facebook.com/vitacravers13 , www.facebook.com/mariberhentimerokok13
email : vitacravers13@gmail.com

0 comments:

Post a Comment