assalamualaikum semua...
terutama sekali gamers-gamers seantero dunia... diharap korang sihat-sihat selalu...
aku pun gamers gak kalau korang nak tau. dulu time bujang, memang tegar yang amat... hehe... game PC, PS2, Xbox 360 antara yang aku layan... dah banyak sangat dah game yang aku main... RPG, FPS, strategi, MMORPG, action adventure. huh memang layan habis lah. haha.
genre game paling favourite aku ialah FPS dan action adventure. game favourite aku? banyakkkkk sangat...
- call of duty (semua series)
- battlefield (semua series)
- medal of honor
- gears of war 1,2,3
- tomb raider
- splinter cell,
- sniper elite 1,2,3
- prince of persia
- wwe all stars
- alan wake
- and the list go on and on and on... hahaha
dah banyak sangat dah aku main... kalaulah boleh record semua game-game yang aku dah main kan best... pastu post kat youtube. dah lama teringin nak buat macam tu.. hehe.. zaman sekarang game-game ni dah maju ke tahap yang baru.. dengan grafik dia, gameplay dia, kecerdikan AI dia... ditambah pulak dengan ciri online multiplayer.. dapat jumpa dan berhubung dengan gamers satu dunia.. fuhhh... memang leka berpuluh jam depan PC la jawabnya..
gamers bila dah start menghadap PC, memang dah masuk ke dunia lain lah... dengan aliran adrenalin, degupan jantung kencang, peluh pun keluar, fokus yang amat tinggi... kalau main game FPS (first person shooter) tu lagi lah havoc...
KELEBIHAN BERMAIN VIDEO GAMES
apa korang ingat takde faedah ke main game ni? Asal baca surat khabar atau majalah, semua nak tekankan tentang keburukan main game. haaaa. korang silap! Main video games pun ada faedah dia. meh baca sendiri apa benefit dia...
1. MELEGAKAN TEKANAN DAN KEMURUNGAN
kenyataan ni memang betul pun. saya sendiri main game untuk elak stress. kalau rasa down tu, main game tembak-tembak ke, fighting ke, rasa puas dapat kalahkan orang jahat dalam game tu. Takkan nak buat betul-betul pulak kan. Main game je lah. lepas segala tekanan. bila tekanan dah lepas, kita akan lebih rasa tenang, minda pun tenang, diri akan improve dan maju untuk buat dengan lebih baik.
2. MELEGAKAN KESAKITAN
mungkin korang terkejut. tapi ada betulnya. sebab, bila kita sedang sakit fizikal (patah kaki, sakit gigi) kita asyik layan sakit tu. Masa pun rasa lambat berlalu. Diri pun jadi manja lebih bila asyik layan sakit tu. cuba main game yang best dan korang suka, korang akan leka, dan sekaligus lupa tentang sakit tu sekejap. masa pun rasa macam cepat je berlalu. kita pun tak bergantung sangat kat ubat tahan sakit sebab leka main game. apa-apa pun solat jangan tinggal ok. Mintak doa supaya sakit kita tu sembuh dengan cepat.
3. MENAJAMKAN PENGLIHATAN
mungkin ramai yang tak setuju dengan statement ni. tapi mengikut kajian Universiti of Rhodery, orang yang main game beberapa jam setiap hari mempunyai result penglihatan yang lebih mantop berbanding orang yang tidak bermain game. Sebab bila main game, contoh terbaik game FPS, macam call of duty atau battlefield, kita akan lebih fokus dan penglihatan kita secara tidak langsung menjadi semakin tajam.
Tapi time main game tu mata janganlah sampai melekat kat skrin tv. Pastikan kita main game pada jarak yang sesuai dan pencahayaan bilik yang cukup. Ok.
4. MERAPATKAN HUBUNGAN
Kalau main game dengan abang, kakak, adik atau kawan-kawan lebih seronok kan. Main seorang diri lama-lama bosan. Bila ada teman bermain, kita lebih rasa seronok, dan dapat spend masa bersama dan merapatkan silaturahim. Macam kita main bola sepak, congkak, guli, mesti nak ada teman bermain betul tak? Sama jugak macam main game. Hehe.
0 comments:
Post a Comment