Selamat sejahtera kawan-kawan,
November dah menjelma.. Tak lama lagi Disember pulak datang ganti.. Pejam celik pejam celik dah nak tahun baru kalendar gregory... Sekejap ja masa berlalu... Dah semakin hari kita semakin tua... Umur semakin singkat... Keluarga semakin besar... Hehe... Sebagai ketua keluarga mesti la nak sediakan yang terbaik untuk yang tersayang kan... Tapi apakan daya, tak mampu lagi... Buat yang mampu tu tahniah diucapkan...
Kerap dengar kawan-kawan mengeluh.. Harga rumah mahal, kereta mahal, hutang belambak, kos hidup makin tinggi, gaji tak naik-naik, bla bla bla and so on and so forth... Kita pun kadang-kadang mengeluh perkara yang sama. Kan? Especially parents muda macam aku ni...
Challenging jugak la nak menempuh hidup...
Dah 4 tahun kerja kat satu company ni, alhamdulillah aku bersyukur. Gaji ok, benefit ok. Kerja ok collague pun ok. Boss pun ok environment pun ok. Syukur sangat. Cuma gaji yang ada sekarang tak cukup... Dpt gaji, sekejap je habis. Selalunya minggu kedua duit gaji dah settle bayar ini itu, dan tinggal baki jelah nak survive. Kadang2 kena pulak kereta buat hal ke, anggota family sakit ke, nak balik kampung ke, duit baki tu la yang ada pun... Hehe... Kadang cukup kadang tak... Every month macam tu la...
Wife belum kerja lagi. Saje nak suruh jaga anak dulu. Sebab fobia dengan kes-kes yang saya dengar kat FB, TV. Ada yang kena pukul, dera, ikat, seksa, tak dibagi makan, macam-macam lagilah. Yang mati pun ada. Hmmm... Mestilah kita tak nak semua tu jadi kat anak kita kan.. Lebih baik isteri jaga.. Atau emak tolong jagakan.. Ini pun menjadi dilema parents muda... Especially yang tinggal berjauhan dengan parents...
Cakap je pasal rumah, kereta pun dah checkmate... Kita dah mati kutu macam mana nak beli rumah dan kereta yang selesa untuk family kalau gaji di tahap sederhana... Zaman sekarang ni nak simpan duit pun susah.. Belanja rumah, nafkah isteri, nafkah anak, bil api, air, astro, telefon, kredit kad... Semua tu nak kena settle bulan bulan... Saya pasti ni semua adalah dilema young parents macam saya ni...
Sebab tu kita kena berubah.. Dah tak tahan dah nak hidup macam ni lagi... Kita kena ingat, ekonomi makin pesat, negara makin maju, perbelanjaan semakin meningkat... Takkan kita nak tambah/tanggung hutang sampai bila-bila? Takkan bila dah tiada esok nak wariskan hutang pulak kat anak-anak? Orang lain tinggalkan harta kita tinggalkan hutang... Tak boleh macam tu... Berusahalah wariskan sesuatu yang bermakna dan berguna untuk keturunan kita nanti...
Ramai kawan-kawan yang buat part time cari income. Terutamanya yang dah ada anak... Macam-macamlah orang buat sekarang ni.. Saham, emas, network marketing, berniaga dan lain-lain.. Baguslah.. Ramai yang dah sedar kenapa harus berubah dan berusaha lebih keras... Kerana nak meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan nak settlekan hutang... Suami-suami lebih rajin sekarang ni... Isteri-isteri pun tak ketinggalan nak jugak tolong suami.. Kesian tengok suami kerja keras katanya... Hehe...
Jom berubah...
Zaman sekarang nak tambah income cukup senang...
Berhenti bagi alasan...
Mula lontarkan jalan penyelesaian...
Tangan kaki kena jalan...
Mulut jangan cakap bukan-bukan...
Sepanjang masa ingat Tuhan...
Jangan berhenti selagi tak nampak jalan...
Orang berlari kita berjalan...
Orang laju kita kayuh pelan-pelan...
Orang naik bot kita naik sampan...
Orang kutuk orang ejek kita buat tak heran...
Jangan dilayan sangat perasaan...
Itu semua hasutan syaitan...
Jangan salah naik kapal nanti karam di lautan...
Usah direnung sakitnya penat lelah berkorban...
Tapi renunglah manisnya kejayaan...
Sekian.....
0 comments:
Post a Comment