Home » » SIMPTOM WITHDRAWAL SEORANG PEROKOK

SIMPTOM WITHDRAWAL SEORANG PEROKOK

Written By Unknown on Thursday 12 June 2014 | 07:07

rasanya jumlah perokok semakin meningkat dari hari ke hari. dan semakin ramai remaja terlibat dgn rokok. ada yg dah terlibat dgn rokok seawal darjah 6. bilangan remaja perempuan yang merokok juga semakin meningkat. kawan-kawan aku pun ramai yang merokok. dan ramai jugak yg teringin berhenti merokok, dan ada yang dah cuba tapi give up. ramai yang tak tahan dgn simptom withdrawal nih. akhirnya merokok balik. malah lebih kuat dari dulu. alhamdulillah aku tak terjebak dgn rokok. walaupun berkawan dgn ramai perokok.




PEROKOK TEGAR 28 TAHUN

abah aku pun dulu perokok tegar. rokok ape? dunhill lah. rokok feymes tu. sehari paling kurang sekotak. masih aku ingat lagi time kecil dulu, abah suruh pergi kedai beli rokok. time itu umur aku 5 tahun. masa tu budak kecik boleh je beli rokok. tiada masalah pun. sekotak agak-agak berape? kalo dulu2 tu, tahun 90 an, sekotak rokok 20 batang harga rm3.40 je pun. murah gile. skrg rm12!!! perghhhhh!!!! dalam masa 20 tahun, naik 256 peratus beb! dulu design pun cikai je. rokok dunhill kotak kaler gold maroon. design lama. sekarang design dah canggih. 

paling kerap kita dpt tengok perokok ni hisap rokok, adalah selepas makan, time dia banyak berfikir, dan time die bosan seorang. selepas makan tu faveret lah, memang confirm kena sebatang dua. kalo tak hisap, rase mcm tak lengkap apa yg dia makan tadi tu. mcm tak kenyang. hehe. lagi satu time die tension. ha ni kalo tak balun 2-3 batang, memang tak hilang lah tension dia. abah aku kalo tension hisap smpai tiga batang. dasat kan. lagi satu kalau boring, hah mula lah cari geng die tu. kalo tidak, habislah, dari boring tukar jadi gelisah tak tentu arah. kesian tengok perokok tegar ni. 

nostalgia yang aku ingat masa abah aku berhenti merokok. setelah 28 tahun berkecimpung jadi perokok tegar ni, akhirnya dia buat keputusan TERPAKSA berhenti merokok. KENAPA??? sebab ada satu ketika tu dia start batuk2. dan batuk dia makin lama makin teruk. kesian tengok dia batuk. kitorg satu family dah risau gile time tu. setelah beberapa hari batuk teruk, dia ambil keputusan drastik utk quit smoking. kitorg terkejut tapi happy at the same time. so perjalanan abah utk berhenti merokok bermula. semua ni berlaku kira-kira 11 tahun yg lalu.


TANDA-TANDA AWAL SIMPTOM WITHDRAWAL

ok. first week withdrawal simptom dah tunjuk dah belang die, few days tu ok lagi. abah tak tunjuk tanda2 gian nk merokok maybe sebab batuk tu teruk sgt. sampaikan die memang tak rasa nak merokok. first week tu batuk je lah kerjanya. lepas tu suara dia mula hilang. sebab tekak selalu panas. die banyak minum air masak utk legakan tekak tu. tapi nak borak memang tak boleh la sebab suara hilang. 2 minggu jugak lah. batuk masih ada, taip dah reda lepas 2 minggu. masuk minggu ketiga batuk dah kurang. suara pun dah ada sikit-sikit. 

tapi abah ade pening2 kepala jugak kadang2. maybe ni withdrawal simptom lah. sakit kepala, pening2. sebab badan dia memberontak nak kan nikotin. nikotin ni lah punca rokok tu jadi ketagih. abah jugak pernah cakap kadang-kadang die cepat letih. kesan daripada dia berhenti merokok lah. so kena banyak tidur. sbb tu org kerja berat ramai yg merokok. sbb nk tmbh tenaga. entah ye entah tidak. hehe. diorg yg ckp. abah aku pun ade mengadu kat kitorg, awal permulaan die nk stop merokok tu, pernafasan ada sedikit terganggu. kdg2 sesak nafas. tp lama kelamaan, nk bernafas dah ok balik. rasa mcm lega paru2 tu. rasa seronok bernafas udara segar. hehehe. baguslah gitu kan.

pastu air liur dia rasa masin2. yelah, asap rokok tu pahit agaknye. pastu hari2 dok rasa asap rokok tu, dah lali. bile berhenti merokok, air liur rasa masin. setelah dua bulan tu, keadaan abah semakin pulih. batuk2 dah xde. pernafasan dah ok. suara dah ada balik. bau badan pun kurang. kalo tak, kuat gile bau rokok melekat kat badan die. ha ni kisah abah aku, seorang perokok tegar selama 28 tahun, berhenti merokok. withdrawal simptom die bg aku agak teruk. tp abah mmg tabah, dpt berhenti rokok dlm masa2 bulan. bebas rokok! tu kira tempoh yg cepat utk seorg perokok tegar. ada yg ambil masa dari 6 bulan hingga 8 bulan utk bebas sepenuhnya dari rokok. 

SIMPTOM WITHDRAWAL

secara ringkasnya apa yg abah aku lalui ketika dalam tempoh dia struggle berhenti merokok :

1. batuk2 teruk
2. suara hilang
3. tekak sakit dan panas
4. paru2 sejuk
5. pernafasan sesak 
6. pening kepala
7. air liur rasa masin
8. cepat letih
9. jantung berdegup cepat
10. selera makan kurang


jumpa lagi di entry akan datang. "minum sirap dpt berhenti merokok? mcm mane tu?" nantikan. :)


18 comments:

  1. Assalamualaikum..Jikalau Berminat.. join group berhenti merokok...0198211366

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Jikalau Berminat.. join group berhenti merokok...0198211366

    ReplyDelete
  3. Tolong add saya.. dh cuba secara cold turkey kononnya.. skrg tgh survive simptom2 kehilangan nikotin.. 01111889088

    ReplyDelete
  4. saya pun cepat ngantuk sekarang selepas berenti merokok

    ReplyDelete
  5. sy pn tgh struggle ni.. rs mcm mkin sakit lps stop smoking ni.. add sy jika msih ada group brhenti merokok.. 014 5992812

    ReplyDelete
  6. Tabah betul ayah tuan ye, Alhamdulillah moga berkekalan.. kalau suplemen dapat membantu unutk kurangkan withdrawal symptoms ni apa salahnya kan untuk cuba :)

    ReplyDelete
  7. Add sy ye risau ni....0183806905

    ReplyDelete
  8. Add sy ye risau ni....0183806905

    ReplyDelete
  9. Try aromatherapy inhaler, dapat kurangkan simptom n Rasa ketagih merokok

    ReplyDelete
  10. Sorry saya tidak merokok. Saja tanya nak tahu

    ReplyDelete
  11. Tapi selalunya orang yg rokok untok hilangkan stress dan tekana

    ReplyDelete